Sabtu, 2 Januari 2016

Pembajakan Tanah 2016

January 2016

Penanaman semula rumput yang telah di lakukan pada bulan December 2015 yang lalu. Guatemala, India, Taiwan dan Australian dwaft serta rumput tempatan antara rumput yang telah di tanam untuk persediaan stok makanan ternakan di masa akan datang.







Tahun 2016 telah tiba...proses pembajakan tanah telah di buat untuk membaik pulih tanah sebelum lebih banyak rumput dapat ditanam semula...insya allah.

Isnin, 14 Disember 2015



Alhamdullilah ternakan Saanen telah di jual pada bulan yang lalu kepada pembeli dari Sabak Bernam.

Jumaat, 10 April 2015

As Salam Semua,

Dah lama rasanya tak update blog ni. Pada masa ini projek ternakan kambing masih berjalan seperti biasa. Alhamdullillah kambing sudah membesar dan sihat.Ternakan ini dipasarkan kepada mereka yang berminat. Saanen 100% full blood.








                                                          Rumput  Dwarf




Selasa, 11 Mac 2014

SAANEN 2nd GENERATION 2014

Syukur kepada Allah SWT kambing Sannen generasi ke 2 telah lahir di Brotherhood Agro Farm pada bulan Januari dan Febuari yang lalu.

Full Blood Sannen 2nd Generation 
DOB 21.02.2014



Anak Sannen yang pertama lahir tahun 2014

Sepasang Anak Sannen
DOB: 25.01.2014


            Alhamdullilah walaupun cuaca kering pada masa ini, rumput napier masih tumbuh subur di ladang.






Pokok nangka dengan buah yang lebat

Isnin, 10 Jun 2013

14.05.2013 KAMBING SAANEN FULL BLOOD

Alhamdullillah pada 14.05.2013 yang lalu, kambing dari jenis Sannen full blood telah pun sampai di Brotherhood Agro Farm. In sya Allah, pada masa akan datang Brotherhood Agro Farm akan mempertingkatkan lagi jumlah kambing ini. 







 Kambing Sannen yang kini berada di Brotherhood Agro Farm.


Ahad, 13 Januari 2013

Rumput Napier Dan Guatemala


 Syukur kepada Allah SWT rumput yang di tanam mulai tumbuh dengan baik antaranya rumput Guatemala dan napier




Rumput Guatemala

Mesin chopper antara keperluan yag penting di ladang Brotherhood Agro Farm.

PADANG RAGUT

2012 telah pun berlalu dengan pelbagai dugaan yang manis dan pahit telah di lalui, Alhamdulillah  2013 telah pun bermula dan dengan itu juga  Brotherhood Agro Farm akan terus mengorak langkah untuk terus maju dan berjaya dalam dunia penternakan ini dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu yang di miliki pada tahun-tahun sebelum ini. Insyaallah.





Pejantan Sannen tidak terkecuali meragut rumput dengan gembira.


Padang ragut blok B.

Anak kambing yang di lahirkan ibunya pada bulan Disember 2012 yang lalu.

Ibu dan anak di atas padang ragut.


Alhamdullillah..setelah dua bulan di usahakan akhirnya pelbagai jenis rumput sudah tumbuh dengan baik di kawasan padang ragut dan kambing sudah pun boleh meragut di kawasan yang di khaskan (blok A) untuk kambing ternakan ini meragut dengan bebas.