Isnin, 26 November 2012

PENDAWAIAN ELEKTRIK DI SAMBUNG


Pada 24hb Nov 2012, pendawaian elektrik di sambung oleh Electrician Engineer iaitu Dicky and the company di mana kandang C pula melalui proses pendawaian elektrik. Insyaallah, pendawaian elektrik akan siap selepas pembinaan bangunan (stor) yang akan menempatkan barang-barang kegunaan ladang siap sepenuhnya.


                                    Dicky dan wire elektriknya di dalam kandang C.




                                         Tengah cari apa tu Abang Long?

                                           Serius nampaknya brother ni......

                                    Busynya abang kawasan (Abang Long).....

                                           Senyum sambil control macho.

                                     Dah habis kerja ke tu Yob...berehat nampak....

                                                    Dicky dan anak buahnya.                           

                                       Bangunan stor yang sedang dinaikkan Adi.

                                              Mawi (Mad Indon ) dengan batu batanya.

Rabu, 21 November 2012

PEMANDANGAN KAWASAN SEKITAR DARI LADANG

Beginilah pemandangan di sekitar kawasan ladang yang di kelilingi dengan bukit bukau yang menghijau.



                                              Pemandangan dari jalan utama.

KANDANG BARU

Selepas enam bulan kejadian kandang runtuh di pukul angin kencang, dengan rasa syukur kepada Allah SWT kini kandang yang baru telah siap di bina sepenuhnya dan kambing- kambing telah pun di pindahkan ke kandang yang baru. Insyaallah selepas kerja penyelenggaraan dan pembersihan kawasan projek , ladang BROTHERHOOD akan kembali beroperasi. 




          Acik dan Ainol adalah tulang belakang operasi penternakan kambing di ladang
           Brotherhood tersenyum puas setelah kandang kambing telah kembali berdiri dan 
           sudah boleh di gunakan , ALHAMDULLILLAH syukur kepada ALLAH SWT yang 
           maha kaya.

       Bang Chik sedang sibuk memberi makan kambing-kambing yang di tempatkan di dalam kandang A (ALPHA).

                        Bang Chik & Farhan duduk berehat sambil buat senyum kambing.




              Pandangan bawah kandang yang disimen supaya dapat memudahkan pembersihan tinta   
              kambing.


Kandang yang menempatkan kambing-kambing untuk sementara selepas kejadian yang tidak di ingini berlaku. Pada asalnya kandang tersebut adalah reban ayam namun di ianya di ubah suai untuk menempatkan kambing yang di ternak 

Walaupun kandang ini serba kekurangan namun pemakanan & kesihatan kambing tetap di jaga dengan sebaik yang mungkin.
  Antara baka kambing yang terdapat di ladang.

Kambing- kambing sedang makan di kandang sementara sebelum dipindahkan ke kandang baru.


Ayam kampung, itik & angsa antara ternakan yang berada di ladang Brotherhood selain daripada kambing.Ternakan ini akan dipertingkatkan jumlahnya pada masa akan datang.



Selasa, 20 November 2012

PENANAMAN RUMPUT

Rumput napier juga sedang sibuk ditanam di ladang. Insyaallah di jangka selepas 1 1/2 bulan rumput- rumput ini sudah boleh di potong dan di berikan makan kepada kambing- kambing yang di ternak.

Kawasan lapang yang sedang di usahakan untuk di jadikan padang ragut. Selain itu, kawasan ini sudah di tanam dengan pisang dan di jangka pada bulan Ogos tahun hadapan pokok-pokok pisang ini akan menuaikan hasil, Insyaallah.


        Alhamdullillah..rumput padang atau cow grass mula hidup dan naik dengan subur. Insyaalllah rumput-rumput ini akan tumbuh dengan baik di masa akan datang.


Isnin, 19 November 2012

PENDAWAIAN ELEKTRIK

Lebih kurang jam 1030hrs@ 18/11/2012 pendawaian elektrik telah bermula di tapak projek. Pendawaian elektrik telah di selenggara oleh Mr.Dicky Dzulkarnain and company (Brother Shahrul, Johari and Fawzy).


Main DB yang sedang di pasang di rumah ladang sambil Abang Kawasan (Johari) memerhatikan kerja  pemasangan.
   Dicky busy dengan penyambungan yang baru sambil beliau di bantu oleh Fawzy.


                              Aduih beratnya barang barang ni (Brother Shahrul).

        

Ahad, 18 November 2012

TAPAK PROJEK


TAPAK PROJEK  : Setelah pelbagai dugaan pahit dan hebat telah di lalui, dengan rezeki Allah SWT  pada tanggal 09.10.2012 kandang yang telah runtuh di bina kembali di atas tapak yang sama yang bertempat di Kampung Jaya Setia 31100 Sungai Siput (U) Perak.


                                         Tiang mula di konkrit.

                       Tukang mad Indon tekun dalam membina kandang yang baru.

               .

      
                                       Kandang A (ALPHA) telah siap di bina.



                               Kandang B (BRAVO)  juga telah siap sepenuhnya.

Adi and the geng gigih menyiapkan kandang yang ketiga iaitu kandang C (CHARLIE)

  Alhamdullillah pembinaan kandang telah 90% siap seperti yang di rancang.
                      Insyaallah di jangka siap sepenuhnya sehari dua lagi..

TINGGAL KENANGAN


 Kandang yang hanya tinggal kenangan kerana pada tanggal 09/05/2012@ 1640hrs angin kencang (heavy squall) telah memukul dan merobohkan kandang. Perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran akan terjadi... Sekelip mata sahaja ranap. Semuanya kuasa Allah SWT yang langsung tidak dapat kita tandingi.

SELEPAS KEJADIAN








                                Total Loss.

                     Antara beberapa ekor kambing yang mati setelah di hempap oleh kayu.



 KAMBING TERNAKAN




Antara kambing ternakan yang di pernah di usahakan di ladang ternakan Brotherhood Agro Farm sebelum kandang tersebut lenyap.